EA sebelum ini telah mengumumkan yang mereka sedang mengkaji untuk tidak lagi menggunakan jenama FIFA bagi permainan simulasi bola sepak mereka, ini adalah selepas FIFA dilaporkan meminta bayaran yang lebih tinggi untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Selain itu, EA juga telah mengumumkan yang FIFA 22 telah memecah pelbagai rekod bagi permainan tersebut, hari ini mereka berkongsi beberapa nombor yang menarik selepas 22 hari FIFA 22 dilancarkan.

Berikut adalah antara nombor yang dikongsi:

  • Jumlah Perlawanan: 2.1 Bilion
  • Jumlah Perlawanan Setiap Hari: 89 Juta
  • Jumlah Minit: 46 Trilion
  • Jumlah Gol: 5 Bilion
  • Kelab Popular Untuk Kick Off Dan Season: PSG (15 Juta)
  • Perlawanan Volta: 21 Juta
  • Perlawanan PRO Club: 58 Juta

FFIFA 22 sudah dikeluarkan pada 1 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Bagi Switch ia akan menerima Legacy Edition manakala PS4, Xbox One dan PC tidak akan menerima teknologi HyperMotion.

Baca: Ulasan FIFA 22 – Penambahan Sederhana, Masih Lagi Pilihan Terbaik

Sohor Kini