Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store menawarkan satu permainan percuma bagi tawaran mingguan mereka dan ia adalah Among the Sleep – Enhanced Edition. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 28 Oktober 2021.

Among the Sleep – Enhanced Edition merupakan permainan pengembaraan ketahanan hidup yang meletakkan pemain sebagai kanak-kanak dan perlu melalui pelbagai kawasan berbahaya ditemani oleh satu patung beruang. Ia dibangunkan oleh Krillbite Studio dan dikeluarkan pada tahun 2014 dengan versi penambah-baikkan dikeluarkan pada tahun 2017.

Epic Games Store: Among the Sleep – Enhanced Edition

Selepas tawaran ini berakhir pada 28 Oktober, Epic Games Store akan menggantikan dengan satu permainan iaitu DARQ: Complete Edition.

Sohor Kini