Grasshopper Manufacture iaitu studio yang ditubuhkan oleh Goichi Suda atau lebih dikenali sebagai Suda51 mengumumkan yang mereka kini menyertai NetEase Games.

Namun mereka menegaskan yang NetEase hanya akan memberi nasihat di dalam aktiviti perniagaan dan juga menyediakan dana, pemilihan kreatif dan pembangunan masih lagi sepenuhnya dipegang oleh mereka untuk mengekalkan “Grasshopper Manufacture flavor”.

Grasshopper Manufacture terkenal dengan siri No More Heroes dengan yang terbaru iaitu No More Heroes III baru dilancarkan pada Ogos lepas untuk Nintendo Switch.

NetEase Games sebelum ini telah mendapat khidmat Toshihiro Nagoshi iaitu pencipta siri Yakuza selepas beliau meninggalkan Ryu Ga Gotoku Studio dan SEGA.

Dengan perkembangan terbaru ini, jelas memperlihatkan yang NetEase sedang mengembangkan lagi penawaran mereka di dalam permainan video terutama melibatkan pembangun dari Jepun.

Sohor Kini