Pada bulan September lepas, Eric Barone ataupun ConcernedApe iaitu pembangun tunggal untuk Stardew Valley mengumumkan yang beliau sedang membangunkan permainan baharu dan mungkin tidak lagi menyediakan kemaskini untuk permainan berkebun tersebut.

Minggu ini, beliau telah berkongsi lanjut mengenai permainan baharu iaitu berjudul Haunted Chocolatier. Ia masih di peringkat awal pembangunan dan secara asasnya pemain akan menjadi pemilik kilang dan juga kedai coklat dan perlu mencari bahan untuk menghasilkan coklat tersebut.

Anda boleh tonton video bentuk permainan awal untuknya di bawah.

Ia menggunakan rekaan grafik seperti Stardew Valley, kawalan dan pertempuran juga mengambil bentuk yang sama. ConcernedApe mengatakan yang selain daripada menghasilkan coklat, ia akan menyertakan pelbagai lagi bentuk permainan lain tetapi beliau tidak ingin mengumumkan lagi agar ia tidak menghadkan pembangunan.

Buat masa ini, Haunted Chocolatier masih lagi tidak menerima pengesahan untuk platform dan juga tarikh ia akan dilancarkan, namun ia sudah semestinya satu permainan yang dinantikan terutama peminat Stardew Valley.

Sohor Kini