Respawn Entertainment dan EA sebelum ini telah mengumumkan yang musim baharu untuk permainan battle royale mereka Apex Legends iaitu Apex Legends: Escape akan bermula pada 2 November ini, selain membawa watak baharu Ash, ia juga akan membawa peta baharu yang diperlihatkan secara lanjut melalui treler pelancaran untuknya.

Peta baharu ini tampaknya akan berlaku di pulau yang berhampiran dengan pantai, selain itu berkemungkinan juga akan menyertakan PvE melawan dengan pelbagai haiwan liar yang terdapat di pulau ini.

Selain itu, treler pelancaran juga serba sedikit memperlihatkan kebolehan untuk Ash, antara yang diperlihatkan adalah dia boleh membaling pisau yang akan memberi kejutan elektrik dan juga menghasilkan portal untuk bergerak dengan cepat.

Maklumat lanjut mengenai musim baharu termasuk juga mengenai peta baharu dan juga Ash akan dikongsi tidak lama lagi sebelum ia dilancarkan kelak.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini