Free Fire kini dilihat menawarkan mod permainan yang mengambil inspirasi dari siri-TV popular, Squid Game. Mod permainan baharu ini dinamakan Red Light, Green Light – menawarkan bentuk permainan lebih kurang sama seperti persaingan pertama dalam siri TV Squid Game.

Melaluinya, sejumlah pemain diletakkan di sebuah lokasi sama, dan perlu tiba di garisan penamat sebelum tamat tempoh. Dalam menghabiskan larian ke garisan penamat, pemain juga perlu berhenti bergerak sekiranya patung yang menyanyikan lagi berhenti menyanyi dan melihat ke arah pemain.

Mod ringkas ini ditawarkan untuk waktu terhad bagi pemain Android dan iPhone. Bagi anda yang memainkan Free Fire, boleh mengemaskini permainan anda dan menikmati mod permainan ini.

Sohor Kini