Pada 16 Oktober lepas, peringkat akhir untuk Free Fire MCP Majors telah berlangsung dengan jayanya, ia menyertakan 12 pasukan terbaik daripada peringkat liga.

Walaupun sepanjang penganjuran kejohanan ini pasukan dari Filipina seperti PXG Radicals dan Supreme Assault Force menjadi antara pasukan terbaik akan tetapi di peringkat akhir tiga pasukan dari Malaysia telah menduduki tiga tempat teratas.

Tiga pasukan tersebut adalah Blacklist International sebagai juara diikuti DoEasy dan 4XMen Expert, tiga tempat seterusnya diisi oleh pasukan Filipina iaitu Supreme Assault Force, PXG Radicals, dan Bloody Head.

Berikut adalah kedudukan selepas 6 pusingan untuk peringkat akhir;

Empat pasukan terbaik iaitu Blacklist International, DoEasy, 4XMen Expert dan juga Supreme Assault Force akan mewakili benua ini (Malaysia, Filipina dan Kemboja) untuk ke Free Fire Asia Championships (FFAC) 2021 yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Selain slot ke FFAC 2021, kesemua pasukan juga membawa pulang hadiah tunai dengan 4 pasukan terbaik adalah seperti berikut;

  • Blacklist International – $15,800
  • DoEasy – $7,600
  • 4XMen Expert – $4,000
  • Supreme Assault Force – $3,800

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini