Ubisoft telah mengumumkan yang bagi acara masa terhad bersempena dengan Halloween untuk For Honor, merea bekerjasama dengan dengan permainan Dead by Daylight, yang akan memperlihatkan Trapper akan tiba di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Bermula pada 21 Oktober sehingga 11 November, acara masa terhad akan dianjurkan iaitu “Survivors of the Fog” yang akan menyertakan mod baharu iaitu “Survivors” berdasarkan Dead by Daylight. Ia adalah 4v4 PvP di mana minion akan ditukar menjadi Trapper yang dikawal oleh AI.

Sepanjang acara ini, pemain juga boleh memenuhi Free Event Pass untuk mendapat pelbagai ganjaran, bersama dengannya pemain boleh dapatkan barangan berdasarkan permainan Dead by Daylight.

FFor Honor sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini