Square Enix minggu ini telah mengumumkan penubuhan studio baharu iaitu London Mobile Studio di mana mereka mengatakan memfokuskan kepada penghasilan permainan mudah alih percuma yang memfokuskan kepada pemain terlebih dahulu.

Buat masa ini, studio tersebut sedang membangunkan permainan Tomb Raider Reloaded dan juga satu permainan berdasarkan Avatar: The Last Airbender.

Tomb Raider Reloaded sudah diumumkan pada tahun lepas bersempena dengan ulang tahun untuk siri tersebut, sebelum ini mereka mengatakan yang Emerald City Games dan Square Enix London sedang membangunkan permainan tersebut.

Ia dijangka akan tiba untuk iOS dan Android pada tahun 2022. Manakala untuk permainan Avatar: The Last Airbender, buat masa ini masih tidak informasi lanjut untuknya.

Selepas projek yang kurang berjaya melalui siri permainan mudah alih GO, Square Enix telah mengatakan yang mereka akan lebih memfokuskan kepada permainan percuma berbanding permainan berbayar untuk peranti pintar. Penubuhan studio baharu ini adalah langkah utama untuknya.

Sohor Kini