PUBG: New State Akan Dilancarkan Bulan Depan Untuk iOS Dan Android

Krafton telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan PUBG: New State pada 11 November 2021 untuk iOS dan Android. Mereka juga mengumumkan yang sesi percubaan akan berlangsung pada 29 sehingga 30 Oktober sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

PUBG: New State adalah versi baharu PUBG yang dibangunkan sendiri oleh PUBG Corp iaitu pembangun untuk PUBG versi konsol dan PC. PUBG Mobile dibangunkan serta diterbitkan oleh Tencent. Melalui New State ia akan berlaku di masa hadapan iaitu pada tahun 2051 dan akan menyertakan peralatan yang lebih berteknologi tinggi.

Mereka juga telah mengumumkan yang setakat ini, PUBG: New State telah menerima 50 juta pra-pendaftaran iaitu 10 juta penambahan berbanding pada September lepas.

PUBG: New State akan dilancarkan sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini