EA dan Repsawn Entertainment telah mengumumkan yang musim baharu untu Apex Legends akan bermula pada 2 November ini iaitu Apex Legends: Espace. Mereka mengatakan akan membawa pelbagai perubahan yang akan mengubah perlawanan di dalam Apex Legends.

Selain itu, mereka juga mengumumkan Legend baharu iaitu Ash, bagi yang pernah bermain Titanfall 2 dan juga mod Arena di dalam Apex Legends, Ash boleh dikatakan sebagai watak yang dikenali. Dia adalah robot yang mempunyai kesedaran Dr. Ashleigh Reid iaitu rakan dan juga pembantu kepada Dr. Mary Somers ataupun Horizon di dalam Apex Legends.

Maklumat lanjut mengenai musim baharu dan juga watak Ash akan dikongsi pada 21 Oktober ini. Sementara itu anda boleh tonton video pengenalan untuk Ash di bawah.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini