UFL iaitu permainan baharu di dalam genre simulasi bola sepak sebelum ini telah mengumumkan pemain Manchester City Oleksandr Zinchenko sebagai duta pertama untuk mereka dan kini telah mengumumkan satu lagi nama yang boleh dikatakan lebih popular iaitu Roberto Firmino.

Firmino adalah penyerang untuk Liverpool dan juga pemain kebangsaan untuk Brazil. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi rekaan 3D untuk wajah bagi Roberto Firmino yang kita boleh jangkakan kualiti grafik untuk permainan ini.

UFL sudah dibangunkan sejak tahun 2016 oleh Strikerz Inc, dan akan ditawarkan secara percuma. Ia akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi tetapi mereka ingin memberikan pengalaman yang berbeza dengan permainan simulasi bola sepak yang lain.

Di dalam permainan ini, pemain akan mencipta kelab tersendiri dan memilih pemain daripada 5000 pemain bola sepak profesional yang berlesen.

Sohor Kini