Elden Ring Ditunda Sebulan, Kini Tiba Pada Februari 2022

From Software telah mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Elden Ring tidak lagi akan dikeluarkan pada 21 Januari 2022 seperti diumumkan sebelum ini, sebaliknya ia hanya akan tiba pada 25 Februari 2022 iaitu lebih sebulan ditunda.

Ia adalah satu penundaan yang pendek oleh itu mungkin tidak mengecewakan seperti mana permainan-permainan lain. From Software mengatakan yang penundaan ini adalah kerana Elden Ring lebih mendalam dan mempunyai kebebasan strategik melebihi daripada jangkaan mereka.

Elden Ring pertama kali diumumkan pada tahun 2019 dan dikatakan sebagai permainan yang akan melibatkan George R.R. Martin iaitu penulis untuk siri Game of Thrones dan ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini