Menteri Belia dan Sukan kini menekankan yang mana esukan akan tetap mendapat peruntukkan yang sewajarnya dalam Belanjawan 2022 kelak.

Dengan perkembangan sihat arena esukan, ia tidak akan dilupakan dan akan terus menerima peruntukkan. Namun, angka peruntukkan dijangka tidak besar memandangkan kerajaan akan lebih memfokuskan kepada pembangunan ekonomi pasca Covid-19.

Sebelum ini, pada Belanjawan 2019, esukan menerima peruntukkan sebanyak RM10 juta, RM20 juta pada Belanjawan 2021, dan RM15 juta pada Belanjawan 2021.

Menteri turut mengatakan yang mana arena esukan mampu berkembang sendiri, namun kerajaan perlu memainkan peranan dalam memberikan sokongan untuk mengembangkan potensinya.

Sohor Kini