Bagi para peminat siri animasi Ejen Ali, mungkin anda sedia mengenali akan permainan Ejen Ali : Agents Arena. Melaluinya, ia menawarkan bentuk permainan 3v3 dengan watak-watak dari siri animasi popular.

Menariknya, bukan sekadar permainan mudah-alih, kini esukan pertama untuknya bakal dianjurkan buat julung kalinya pada bulan November ini, bersempena dengan My Digital Creativity Festival 2021.

Esukan yang dianjurkan buat pertama kali menggunaka permainan Ejen Ali ini akan diadakan pada 13 dan 14 November 2021, dan menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM10,000.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar untuk menyertai esukan Ejen Ali ini hari ini melalui halaman pendaftaran rasmi.

Muat-Turun Ejen Ali Agents Arena untuk iPhone / untuk Android

Sohor Kini