Y: The Last Man Dibatalkan Sebelum Tamat Musim Pertama

Siri Y: The Last Man adalah antara siri adaptasi komik yang kami amat nantikan semasa ia diumumkan kerana sumber asal yang mendapat pujian ramai. Ia mula ditayangkan di Disney+ Hotstar beberapa minggu yang lalu tetapi mendapat ulasan yang bercampur-campur dengan peminat komik asal mengkritik jalan cerita yang diubah.

Walaupun musim pertama masih belum habis ditayangkan,Y: The Last Man telahpun dibatalkan. Pengumuman dilakukan oleh penerbit siri Eliza Clark menerusi akaun Twitter beliau hari ini. Berdasarkan ciapan yang dihantar jelas Clark kecewa dengan keputusan FX on Hulu yang tidak memperbaharui siri untuk musim kedua memandangkan masih terdapat banyak kandungan yang ingin diceritakan. Oleh sebab itu beliau komited untuk meneruskan siri Y: The Last Man di saluran lain.

Sohor Kini