Ketika acara DC Fandom baru-baru ini, selain berkongsi beberapa treler untuk filem seperti The Batman, The Flash dan Black Adam, mereka juga telah berkongsi treler baharu untuk permainan video berdasarkan watak DC, antaranya adalah Suicide Squad yang pertama kali diumumkan pada DC Fandom tahun lepas.

Melalui treler baharu yang dikongsi, mereka memperlihatkan Amanda Waller telah membentuk Task Force X menggunakan penjahat Captain Boomerang, Harley Quinn, Deadshot, dan King Shark yang kita kenali sebagai Suicide Squad.

Misi mereka kali ini adalah untuk melawan satu penjajahan yang sedang berlaku oleh makhluk asing, selain itu, penjahat tersebut tampaknya telah mempengaruhi pasukan Justice League seperti Superman, Green Lantern dan The Flash. Oleh itu sebahagian daripada misi Suicide Squad adalah “membunuh Justice League”.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Ia sudah semestinya satu premis yang menarik, akan tetapi mengecewakan kerana kita masih tidak menerima sebarang video bentuk permainan.

Suicide Squad: Kill The Justice League dibangunakan oleh Rocksteady Studios yang bertanggungjawab untuk siri Arkham sebelum ini. Ia dijangka akan tiba sekitar tahun 2022 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini