Epic Games Store Tawar Permainan Menjadi Zombi Secara Percuma

Epic Games Store bermula minggu lepas, telah menawarkan dua permainan percuma, secara teknikalnya satu sahaja, sebagai tawaran mingguan mereka. Dua permainan tersebut adalah Stubbs the Zombie in Rebel Without a Pulse dan Paladins Epic Pack.

Stubbs the Zombie in Rebel Without a Pulse adalah permainan yang aksi yang menjadikan pemain sebagai zombi dan perlu membunuh manusia lain ataupun menukar mereka menjadi zombi untuk bersama dengan anda menyerang manusia-manusia tersebut. Ia dibangunkan oleh Wideload dan diterbitkan oleh Aspyr sejak tahun 2005 dan menerima versi penambah-baikkan pada bulan Julai lepas.

Epic Games Store: Stubbs the Zombie in Rebel Without a Pulse

Paladins secara sendirinya adalah permainan percuma untuk dimainkan akan tetapi beberapa perkara di dalam permainan perlu dibeli, antaranya adalah watak dan juga kosmetik. Melalui Paladins Epic Pack, anda akan mendapat watak Androxus, Raum, Tyra, and Ying dan juga satu kostum untuk mereka. Paladins adalah permainan menembak kompetitif yang dibangunkan oleh Hi-Res.

Epic Games Store: Paladins Epic Pack

Kedua-dua tawaran ini akan berakhir pada 21 Oktober dan akan digantikan dengan satu permainan iaitu Among the Sleep – Enhanced Edition.

Sohor Kini