Bermula sebagai satu meme, Microsoft telah mengumumkan pada bulan Jun lepas yang mereka akan menjadikan peti sejuk Xbox Series X sebagai realiti. Hari ini mereka telah mengumumkan yang sesi pra-tempahan untuknya akan bermula pada 19 Oktober ini dengan penghantaran bermula pada bulan Disember.

“Xbox Mini Fridge” ini akan ditawarkan dengan harga $99.99 (~RM415), buat masa ini ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara Eropah. Mereka menawarkan di lebih banyak negara pada tahun 2022, di mana mereka sedang mendapatkan kebenaran pihak berwajib.

Menurut Microsoft, peti sejuk ini boleh menyimpan 12 tin, bahagian depan peti juga akan mempunyai USB untuk anda cas peranti ataupun alat kawalan.

Sohor Kini