Pada bulan September lepas, Nintendo telah mengumumkan yang mereka akan memperkenalkan “Expansion Pack” untuk perkhidmatan langganan mereka iaitu Nintendo Switch Online. Melaluinya, ia akan menyertakan tambahan permainan Nintendo 64 dan SEGA Genesis.

Hari ini, ketika Animal Crossing Direct di mana mereka telah mengumumkan kemaskini percuma dan juga DLC berbayar iaitu Happy Home Paradise, Nintendo juga mengumumkan maklumat lanjut mengenai pelan baharu ini.

Di mana mereka telah mengumumkan yang di akan ditawarkan dengan harga $49.99 (~RM209) untuk setahun bagi pelan individu dan $79.99 (~RM332) untuk setahun bagi pelan keluarga. Ia akan mula ditawarkan pada 25 Oktober ini.

Selain daripada permainan Nintendo 64 dan SEGA Genesis, pelanggan pelan baharu ini juga akan menerima DLC Happy Home Paradise secara percuma, tetapi masih memerlukan anda untuk memiliki Animal Crossing: New Horizons untuk menggunakannya.

Nintendo juga telah mengumumkan senarai permainan Nintendo 64 dan SEGA Genesis semasa pelan ini dilancarkan, ia adalah seperti berikut;

  • Nintendo 64
    • Dr. Mario 64
    • Mario Kart 64
    • Mario Tennis
    • Sin & Punishment
    • Star Fox 64
    • Super Mario 64
    • The Legend of Zelda: Ocarina of Time
    • Win Back: Covert Operations
    • Yoshi’s Story
  • SEGA Genesis
    • Castlevania: Bloodlines
    • Contra: Hard Corps
    • Dr. Robotnik’s Mean Bean Machine
    • Ecco the Dolphin
    • Golden Axe
    • Gunstar Heroes
    • M.U.S.H.A
    • Phantasy Star 4: The End of the Millennium
    • Ristar
    • Shining Force
    • Shinobi 3
    • Sonic the Hedgehog 2
    • Streets of Rage 2
    • Strider

Bagi anda yang sudah melanggan Nintendo Switch Online, bayaran untuk anda mendapatkan pelan baharu ini akan prorata bergantung kepada jumlah bulan untuk langganan anda.

Sohor Kini