Ubisoft telah melancarkan penambahan terbaru untuk permainan kad versi digital Uno mereka iaitu Uno The Call of Yara DLC yang mengambil inspirasi daripada permainan Far Cry 6 yang baru sahaja dilancarkan.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Selain membawa rekaan yang berbeza, dengan kad di hias dengan watak daripada permainan tersebut, ia juga membawa bentuk permainan yang sedikit berbeza. Selain mendapat kad, pemain juga akan mendapat 300 Pesos pada permulaan permainan.

Pemain juga akan mendapat 100 pesos setiap pusingan, pesos tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan yang dapat membantu anda di dalam permainan. Berikut adalah perkhidmatan yang boleh digunakan;

  • Dani Rojas:
    • 500 Pesos: Pilih satu pemain untuk mendapat 5 kad
    • 800 Pesos: Kesemua pemain perlu mengambil 6 kad
  • Philly Barzaga:
    • For 600 Pesos: Gabung 4 kad warna untuk mendapat kad Wild yang dimainkan secara terus
    • For 1000 Pesos: Gabung 4 kad warna untuk mendapat kad Wild +4 yang dimainkan secara terus
  • Juan Cortez:
    • 600 Pesos: Buang 3 kad
    • 1300 Pesos: Buang 4 hingga 6 kad
  • Lucky Mama:
    • 200 Pesos: Halang pemain daripada menggunakan pesos untuk pusingan seterusnya
    • 400 Pesos: Halang kesemua pemain lain menggunakan pesos untuk pusingan seterusnya

Versi ini juga akan menerima satu kad baharu iaitu kad The Guerrilla Recorder yang akan memberi kesan secara rawak apabila dimainkan, ia mungkin memberi pesos ataupun mengambil pesos daripada anda.

Uno sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini