IGN telah melaporkan yang ketika acara untuk mempromosi penambahan terbaru bagi Final Fantasy 14, pengarah permainan tersebut Naoki Yoshida telah mengumumkan yang Final Fantasy 14 kini mempunyai lebih 24 juta pemain berdaftar dan ia juga adalah permainan Final Fantasy yang paling menguntungkan di dalam siri ini.

Ini dengan kata lain, Final Fantasy 14 telah membawa pendapatan yang lebih tinggi untuk Square Enix berbanding permainan-permainan besar seperti Final Fantasy 7 Remake, Final Fantasy 15 dan lain-lain. Namun, ia bukanlah perkara yang mengejutkan, selain menjual penambahan, Final Fantasy 14 juga mempunyai langganan bulanan untuk pemain yang ingin bermain.

Kejayaan Final Fantasy 14 seharusnya menjadi pengajaran kepada Square Enix untuk melihat semula permainan-permainan mereka yang lain seperti Marvel’s Avengers dan Outriders walaupun tidak berjaya semasa pelancaran tetapi tidak bermakna ia sudah berakhir. Perubahan perlu dilakukan seperti mana Final Fantasy 14 hadir dengan A Realm Reborn.

Final Fantasy 14 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini