MOBA Network merupakan penyedia platform komuniti untuk pelbagai permainan telah mengumumkan pengambil-alihan ResetEra dengan bayaran $4.55 juta (RM18.90 juta).

ResetEra merupakan forum yang memfokuskan kepada permainan video, dengan komuniti yang sangat terpilih, ia adalah antara tempat utama untuk berkongsi berita-berita yang tertiris yang boleh dipercayai. Ia ditubuhkan selepas sebilangan ahli NeoGaf dan juga moderator meninggalkan forum tersebut kerana tuduhan salah laku terhadap pemilik NeoGaf.

Bersama dengan pengumuman pengambil-alihan ini, mereka juga mengumumkan yang sepanjang 12 bulan yang lepas, ResetEra menjana pendapatan sebanyak $700 ribu daripada iklan dan juga bayaran langganan dengan mempunyai lebih kurang 55 ribu ahli.

Walaupun selepas pengambil-alihan ini, cara forum ini beroperasi serta pihak pengurusan akan terus dikekalkan, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Sohor Kini