Sony Interactive Entertainment menyambut ulang tahun ke-5 untuk PlayStation VR dengan berkongsi senarai permainan popular untuknya, selain itu mereka juga mengumumkan yang tiga permainan PSVR akan disertakan sebagai permainan percuma untuk PS Plus bermula pada bulan November ini.

Bagi permainan PSVR paling popular pula (mengikut jumlah jam dimainkan), mereka mengumumkan Rec Room, Beat Saber, PlayStation VR Worlds, The Elder Scrolls V: Skyrim VR dan Resident Evil 7: Biohazard adalah lima yang paling popular secara global.

Mereka juga berkongsi permainan popular mengikut benua, dan senarai adalah seperti berikut;

  • Eropah: Rec Room, PlayStation VR Worlds, Beat Saber, The Elder Scrolls: Skyrim VR, Resident Evil 7 biohazard
  • Amerika Utara: Rec Room, Beat Saber, The Elder Scrolls V: Skyrim VR, Job Simulator, Firewall: Zero Hour
  • Japan: Resident Evil 7 biohazard, The Elder Scrolls V: Skyrim VR, PlayStation VR Worlds, Beat Saber, Gran Turismo Sport

Pada awal tahun ini, Sony telah mengumumkan generasi baharu untuk PSVR yang dihasilkan khusus untuk PlayStation 5, buat masa ini masih tiada pelancaran akan tetapi mengesahkan yang ia tidak akan tiba tahun ini.

Sohor Kini