Kemaskini: Mihoyo mengesahkan yang pemain yang ingin bermain versi Steam perlu mendaftar akaun baharu dan tidak boleh menggunakan akaun yang sama dengan versi mudah alih.

Mihoyo telah mengumumkan yang permainan Honkai Impact 3rd akan menerima versi khusus untuk PC melalui Steam. Ia sudah tersenarai di Steam dan dijangka akan tiba sekitar bulan ini.

Mereka juga mengumumkan yang akaun Steam tidak akan menyokong rentas platform, buat masa ini tidak disahkan lagi apa yang dimaksudkan oleh Mihoyo. Tidak pasti jika pemain yang sudah bermain di peranti pintar adakah mereka boleh menggunakan akaun yang sama.

Ia mungkin bermaksud jika anda menggunakan akaun Steam untuk permainan ini, anda akan terhad kepada sesi permainan di Steam sahaja, tetapi pemain juga akan diberi pilihan untuk log masuk melalui akaun yang berlainan.

Kami sudah menghubungi Mihoyo mengenai perkara ini, dan akan kemaskini jika menerima sebarang maklumat lanjut.

Buat masa ini, Honkai Impact 3rd boleh dimainkan di iOS dan Android, ia juga boleh dimainkan di PC melalui pelagak rasmi. Versi Steam ini tampaknya adalah versi khusus untuk PC.

Sohor Kini