Project Kaido adalah satu projek oleh AntuDusun untuk menghasilkan litar bagi permainan Assetto Corsa berdasarkan lebuhraya berbukit. Sebelum ini, projek ini telah hadir dengan litar berdasarkan lebuhraya di Jepun seperti Haruna, Gunsai dan Irohazaka.

Terbaru, Project Kaido mengumumkan Malaysia Touge Simracing iaitu satu projek untuk menjadikan sebilangan lebuhraya berbukit di Malaysia sebagai litar di dalam permainan tersebut. Antara yang diumumkan adalah Sumpitan, Simpang Pulai, Ulu Yam dan Batang Kali.

Buat masa ini mereka sedang membangunkan litar Batang Kali dan anda boleh tonton rekaan awal untuknya melalui video di bawah. Kemaskini terbaru mereka sudah mula meletakkan papan tanda untuk menjadikan ia lebih realistik.

Anda boleh mengikut perkembangan terbaru untuk projek ini melalui laman Facebook dan anda juga boleh menyokong projek ini melalui Patreon.

Sohor Kini