Siri Aksi Nyata System Shock Diumumkan Oleh Binge

System Shock merupakan permainan aksi pengembaraan first person yang dibangunkan oleh LookingGlass Technologies dan dikeluarkan pada tahun 1994, permainan susulan iaitu System Shock 2 dikeluarkan pada tahun 1999. Namun akibat masalah kewangan studio tersebut ditutup dan IP System Shock kini dimiliki oleh Nightdive Studios.

System Shock 3 sedang dibangunkan oleh Tencent tetapi buat masa ini masih tiada maklumat lanjut untuknya. Namun, minggu ini, Binge mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri aksi nyata berdasarkan System Shock dan akan diarahkan oleh Allan Ungar.

Binge merupakan platform penstriman filem dan siri TV baharu yang akan memfokuskan kepada kandungan berdasarkan permainan video. Mereka juga sebelum ini mengumumkan kerjasama dengan Ubisoft untuk hadir dengan siri aksi nyata Driver.

Sohor Kini