Skip to main content

Dengan Halloween akan disambut pada hujung bulan ini, Blizzard telah mengumumkan acara Halloween Terror 2021 kini berlangsung di dalam Overwatch sehingga 2 November. Pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran kosmetik dengan bermain.

Setiap minggu pemain boleh selesaikan cabaran Junkenstein’s Revenge untuk mendapatkan kostum, penyembur dan juga icon. Cabaran dan ganjaran setiap minggu adalah seperti berikut

  • Minggu 1
    • Main 9 kali | Skeleton Genji Spray
    • Main 18 kali | Skeleton Genji Player Icon
    • Main 27 kali | Skeleton Genji Epic Skin
  • Minggu 2
    • Main 9 kali | Einherjar Zarya Spray
    • Main 18 kali | Einherjar Zarya Player Icon
    • Main 27 kali | Einherjar Zarya Epic Skin
  • Minggu 3
    • Main 9 kali | Clown Roadhog Spray
    • Main 18 kali | Clown Roadhog Player Icon
    • Main 27 kali | Clown Roadhog Epic Skin

Pemain boleh main mod Quick Play, Arcade, ataupun Competitive Play untuk kiraan bagi cabaran ini, setiap kemenangan akan dikira sebagai 2 kali perlawanan.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum-kostum baharu seperti;

  • Draugr Reinhardt
  • Satyr Lucio
  • Vampire Bat Echo
  • Coffin Bastion
  • Vampire Hunter Brigitte

Overwatch sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang dan menyokong fungsi rentas platform.

Leave a Reply