Mod Baharu Hearthstone, Mercenaries Kini Boleh Dimainkan

Blizzard sebelum ini telah mengumumkan permainan kad digital mereka Hearthstone akan menerima mod baharu iaitu Mercenaries, mod tersebut dikatakan mempunyai elemen RPG dan Roguelike ke dalam Hearthstone. Mod Mercenaries akhirnya dilancarkan.

Mercenaries akan menyertakan sesi permainan secara PVE melalui Bounty, di mana sesi perlawanan secara rawak akan hadir setiap hari. Melakukannya akan memberikan pemain pelbagai ganjaran termasuk juga Mercenaries Packs iaitu pek kotak tikam baharu yang khusus untuk mod ini.

Bounty boleh dikatakan sebagai di mana mereka menyertakan elemen roguelike, untuk membunuh satu boss, pemain perlu melalui terlebih dahulu pelbagai kawasan yang hadir secara rawak. Setiap kawasan akan mempunyai risiko dan ganjaran tersendiri.

Bagi sesi perlawanan pula, pemain boleh memilih tiga daripada 6 mercenaries yang di bawa di dalam satu dek. Setiap mercenaries akan mempunyai kelas tersendiri iaitu Fighter, Caster dan Protector, setiap-nya mempunyai kekuatan yang lebih atau kurang apabila melawan dengan kelas lain.

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini