Acer ketika persidangan [email protected] 2021 yang baru sahaja dipertontonkan telah mengumumkan dua produk baharu yang memfokuskan kepada permainan video. Pertama adalah Desktop Predator Orion 7000 dan juga dua model projektor iaitu Predator GM712 dan Predator GD711.

Predator Orion 7000

Pada bulan Julai lepas, Acer telah hadir dengan desktop Predator Orion 3000 iaitu dekstop terbina yang khusus untuk permainan video, kali ini mereka mengumumkan satu desktop yang lebih berkuasa iaitu Predator Orion 7000. Desktop ini akan menggunakan CPU Intel generasi terbaru iaitu yang ke-12 dengan nama ‘Alder Lake’.

Bagi GPU pula, ia hadir dengan pilihan  Nvidia GeForce RTX 3080 ataupun Nvidia GeForce RTX 3090, ia juga akan menggunakan teknologi baharu untuk RAM iaitu menyokong sehingga  64GB of DDR5 RAM dengan kelajuan 4,000 MHz.

Predator Orion 7000 diumumkan akan tiba sekitar tahun 2022, ia juga akan hadir dengan versi terbaru untuk sistem operasi oleh Microsoft iaitu Windows 11. Buat masa ini harga untuknya bagi pasaran Malaysia tidak diumumkan lagi akan tetapi di Eropah ia ditawarkan dengan harga EUR2,199 (~RM10 ribu).

Predator GD711 & Predator GM712

Predator GD711 merupakan projektor yang menggunakan LED, ia menyokong resolusi sehingga 4K dengan kadar segar semula 60Hz, bagi yang inginkan kadar segar semula yang lebih tinggi, ia menyokong resolusi 1080p dengan kadar segar semula 240Hz di PC dan [email protected] di konsol. Ia juga menyokong fungsi segar semula yang dinamik.

Projektor ini akan mempunyai dua port HDMI 2.0 selain juga mempunyai palang audio dan tiga palang USB jenis-A. Dengan menggunakan LED ia mempunyai warna yang sangat baik dan menyokong HDR10. Ia juga mempunyai pembesar suara terbina, jika tidak ingin gunakan yang tambahan.

Namun, jika anda ingin projektor yang menggunakan lampu, Predator GM712 juga diumumkan yang menggunakan lampu Philips 245W.

Harga untuk kedua-dua projektor bagi pasaran Malaysia tidak diumumkan lagi akan di Eropah, Predator GD711 akan berharga EUR1,499 (~RM7200) dan Predator GM712 dengan harga EUR1,399 (~RM6700).

Meja Gaming PGD110

Selain itu, Acer juga mengumumkan akan hadir dengan meja yang khusus untuk permainan video tersendiri iaitu “Predator Gaming Desk” PGD110. Meja ini bersaiz 55 inci dan pembeli boleh memilih untuk meja yang mempunyai gaya fiber karbon yang mudah untuk dicuci ataupun dengan pad tetikus yang terpasang.

Ia juga hadir dengan tempat untuk menyimpan alat kawalan, penyangkut set fon kepala, ruangan gelas dan juga tempat menyimpan adapter kuasa. Meja ini mempunyai berat 120 kg. Seperti produk-produk lain, harga untuk pasaran Malaysia tidak diumumkan akan tetapi di Eropah ia berharga EUR229 (~RM1,000) yang akan mula tiba bulan Disember ini.

Sohor Kini