Kami merasakan yang ramai pembaca Aksiz pernah menonton siri filem popular Home Alone yang premis penceritaan sentiasa mengenai seorang kanak-kanak, sebelum ini di bawa oleh Macaulay Culkin, berada di rumah berseorangan dan terpaksa melawan dengan penjahat yang cuba mencuri.

Pada bulan Ogos lepas, Disney telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem baharu untuk filem ini dengan senarai pelakon baharu tetapi premis yang sama iaitu Home Sweet Home Alone.

Minggu ini, mereka telah berkongsi treler pertama untuknya dan anda boleh tontonnya di bawah.

Filem ini akan melibatkan senarai pelakon seperti Ellie Kemper, Rob Delaney, Archie Yates, Aisling Bea, Kenan Thompson, Tim Simons, Pete Holmes, Devin Ratrya, Ally Maki, dan Chris Parnel. Di mana Archie Yates akan menjadi watak yang dibawa oleh Macaulay Culkin sebelum ini, iaitu kanak-kanak yang tertinggal di rumah.

Ia akan diarahkan oleh Dan Mazer yang pernah mengarah filem seperti Dirty Grandpa dan I Give It Year, dan ditulis oleh Mikey Day dan Streeter Seidell. Hutch Parket, Dan Wilson, Jeremiah Samuels dalah penerbit.

Home Sweet Home Alone akan tiba di Disney+ Hotstar pada 12 November 2021.

Sohor Kini