Prime Gaming, ataupun sebelum ini dikenali sebagai Twitch Prime merupakan perkhidmatan langganan bulanan oleh Amazon yang menawarkan pelbagai permainan video dan juga kandungan percuma setiap bulan, selain itu, ia juga menawarkan satu langganan di Twitch dan juga akses kepada Prime Video.

Bagi permainan percuma, pada bulan ini Prime Gaming telah menawarkan 13 permainan percuma seperti berikut;

  • Star Wars: Squadrons
  • Ghostrunner
  • Alien: Isolation
  • Whiskey & Zombies: Great Southern Zombie Escape
  • Wallace & Gromit: The Bogey Man
  • Wallace & Gromit: Muzzled!
  • Wallace & Gromit: The Last Resort
  • Wallace & Gromit: Fright of the Bumblebees
  • Secret Files 3
  • Song of Horror Complete Edition
  • Tiny Robots Recharged
  • Blue Fire
  • Red Wings: Aces of the Sky

Star Wars: Squadrons akan ditebus melalui Origins, Ghostrunner melalui GOG dan Alien: Isolation melalui Epic Games Store, permainan-permainan lain adalah melalui Amazon Games App dan kesemuannya adalah untuk PC sahaja.

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Bagi kami ia sangat berbaloi terutama jika anda sering mengikut penstrimer di Twitch ataupun ingin menonton sebarang siri di Prime Video.

Sohor Kini