Original Fire Games telah melancarkan permainan sulung mereka iaitu Circuit Superstars, yang merupakan permainan lumba kereta dari pandangan atas. Ia adalah permainan lumba kereta yang comel dengan memfokuskan kepada perlumbaan arked akan tetapi masih lagi mempunyai tahap kemahiran yang tinggi.

Circuit Superstars buat masa ini tiba untuk Xbox One dan PC, ia juga boleh dimainkan di Xbox Series melalui keserasian belakang. Di platform lain, iaitu PlayStation 4 dan Nintendo Switch akan dikeluarkan kemudian.

Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih 12 jenis kenderaan berbeza yang terdiri daripada jenis yang berbeza seperti GT, F1 dan kereta lumba biasa. Ia juga menyertakan 13 lokasi perlumbaan berbeza untuk anda berlumba secara berseorangan ataupun secara multi-pemain dalam talian dan juga setempat.

Semasa pelancaran, Circuit Superstars akan menerima Top Gear DLC secara percuma yang akan menyertakan litar percubaan Top Gear, kostum Stig dan boleh menguji kemahiran melalui mod ‘Time Attack’ melawan pelumba terkenal seperti Lando Norris, Romain Grosjean, Jamie Chadwick, Sam Bird, Steve “SuperGT” Brown, Charlie Martin, Jimmy Broadbent, Catie Munnings, Aarava dan Conor Daly.

Circuit Superstars diterbitkan oleh Square Enix sebagai sebahagian daripada program untuk permainan indie iaitu Square Enix Collective.

Sohor Kini