Selepas 6 minggu pertempuran untuk peringkat liga, Free Fire MCP Major Musim Dua akan memasuki peringkat akhir pada 16 Oktober ini dengan 12 pasukan terbaik daripada peringkat liga telah diketahui.

PXG Radicals iaitu pasukan dari Filipina telah mendapat tempat pertama bagi peringkat liga, diikuti Supreme Assault Forces di tempat kedua. Kedudukan selanjutnya anda boleh lihat senarai di bawah.

Peringkat liga terdiri daripada 12 pasukan yang layak melalui pusingan kelayakan dan 6 pasukan terbaik daripada musim lepas. Satu-satunya pasukan terbaik daripada musim lepas yang tidak layak ke peringkat akhir adalah Freedom Rumble apabila sekadar mendapat tempat ke-14.

Menariknya lagi, daripada 6 pasukan terbaik di peringkat liga, hanya 2 adalah pasukan terbaik daripada musim lepas iaitu Supreme Assault Force di tempat kedua dan Fastkilll MY di tempat keempat, memperlihatkan yang peningkatan pasukan-pasukan yang lebih baik bagi musim ini.

Selain merebut hadiah tunai terkumpul $50 ribu hadiah terkumpul, 4 pasukan terbaik pada peringkat akhir juga akan mendapat slot untuk Free Fire Asia Championships (FFAC) 2021 yang akan bermula pada 20 November ini.

Garena juga telah mengumumkan yang mereka menawarkan ganjaran istimewa mengikut jumlah tontonan bagi peringkat akhir ini. Ia adalah seperti berikut;

Anda boleh mengikut kejohanan ini melalui penstriman langsung di laman Facebook rasmi Free Fire dan juga Youtube pada 16 Oktober ini bermula pada pukul 1 petang.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini