Netflix akhirnya mengesahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ted Sarrandos yang Squid Game iaitu siri TV dari Korea Selatan bakal menjadi rancangan mereka yang paling popular, dengan mengumumkan yang ia telah menerima 111 juta tontonan kurang daripada sebulan ia disiarkan.

Ia merupakan satu rekod untuk Netflix yang sebelum ini dipegang oleh musim pertama untuk Bridgerton yang mencatat 82 juta tontonan selepas 28 hari disertakan di dalam perkhidmatan penstriman tersebut.

Baca: Money Heist Part 4 Menerima 619 Juta Jam Tontonan Pada 28 Hari Pertama

Sejak dilancarkan Squid Game terus kekal di dalam senarai 10 rancangan popular, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran-pasaran besar seperti Amerika Syarikat, menjadikan kejayaan ini bukan sesuatu yang mengejutkan tetapi tetap sesuatu yang boleh dibanggakan.

Squid Game mengisahkan 456 peserta dalam sebuah permainan pertempuran royal, di mana mereka semua perlu lawan semasa sendiri tidak kira hidup atau mati untuk merebutkan ganjaran 45.6 bilion won atau sekitar RM166 juta.

Setiap permainan mencabar dalam siri ini adalah berasaskan permainan klasik zaman kanak-kanak, cuma halangannya membunuh. Anda boleh baca ulasan kami untuk siri ini melalui pautan ini – Apa Kami Tonton Minggu Ini? #16 – Marvel Comics X-Men, MCU Fasa 2, D.P., Squid Game.

Sohor Kini