Capcom melalui perkongsian di akaun Twitter Monster Hunter telah mengumumkan yang Monster Hunter Rise tidak akan mempunyai fungsi rentas kemajuan dan juga rentas simpanan bagi permainan tersebut di Nintendo Switch dengan PC yang akan tiba pada bulan Januari ini.

Kenyataan ini mungkin dikeluarkan selepas satu tinjauan dilakukan oleh Capcom sendiri bersempena dengan Tokyo Game Show mengenai fungsi apa yang mereka inginkan daripada permainan ini, antara pilihan jawapan adalah kedua-dua fungsi tersebut.

Mereka tidak mengatakan dengan jelas masalah untuk menyertakan dua fungsi ini, akan tetapi sekadar mengatakan yang setelah melihatnya sepanjang pembangunan ia adalah bukan sesuatu yang boleh disertakan buat masa ini.

Monster Hunter Rise sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan akan dikeluarkan untuk PC pada 13 Januari 2021, dan penambahan baharu iaitu Sunbreak akan tiba sekitar suku ketiga tahun depan.

Sohor Kini