Kejohanan terbesar Dota 2, The International 10 kini telah memasuki ke peringkat seterusnya iaitu Acara Utama selepas peringkat kumpulan dianjurkan pada 7 Oktober sehingga 10 Oktober.

Dua pasukan yang terpaksa pulang lebih awal adalah Thunder Predator dari Peru dan SG Esports dari Brazil yang berada di tempat terakhir untuk kumpulan masing-masing.

Invictus Gaming pasukan dari China telah menjadi juara untuk kumpulan A, diikuti Virtus.Pro, OG dan T1 yang akan memasuki pusingan pertama di Upper Bracket manakala Team Undying, Evil Geniuses, Team Aster, Alliance akan memasuki Lower Bracket.

Bagi kumpulan B pula, PSG.LGD yang juga pasukan dari China berada di tempat pertama diikuti Team Secret, Vici Gaming, dan Team Spirit akan memasuki Upper Bracket dan Beastcoast, Quincy Crew, Fnatic dan Elephant memasuki Lower Bracket.

Pusingan pertama untuk acara utama akan bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 16 Oktober dengan peringkat akhir akan berlangsung pada 17 Oktober.

sumber: Liquidpedia

Juara untuk The International 8 dan The International 9 iaitu OG akan memulakan pusingan pertama melawan Team Secret. Mereka mencatat tiga kemenangan, empat seri dan satu kalah di peringkat kumpulan meletakkan mereka di tempat ketiga.

The International 10 berlangsung di Romania, akan tetapi akibat kes covid-19 yang terus meningkat di negara tersebut, acara dengan penonton dibatalkan. Kejohanan kali ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $40,018,195 (~RM165 juta).

Sohor Kini