Ubisoft bermula hari ini telah membawa semula acara masa terhad iaitu Doktor’s Curse yang akan menyertakan mod Monster Hunt yang telah diubah suai untuk menggunakan tema seram bersempena dengan Halloween.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Monster Hunt kali ini ia adalah 5v5 akan tetapi menjadi monster lawan monster, iaitu di satu bahagian Exterminators hanya boleh menggunakan Sledge Hammer dan satu pilihan gajet, mereka perlu membunuh semua pihak lawan untuk menang.

Manakala satu bahagian lagi yang terdiri daripada Lesion, Frost, Kapkan, Smoke, Aruni dan Melusi – mereka tidak akan mempunyai senjata tetapi boleh menggunakan perangkap dan kebolehan tertentu, dan perlu bertahan untuk menang.

Pemain juga boleh dapatkan berkas Doktor’s Curse yang menyertakan kosmetik untuk Smoke, Kapkan, Frost, Lesion, Doc, Bandit, Ela, Jackal, Lion, Aruni, Melusi dan Kaid. Berkas ditawarkan dengan 1680 R6 Credits ataupun melalui pek dengan harga 300 R6 setiap satu.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini