Semasa Pokemon Legends: Arceus pertama kali diumumkan dan juga melalui perkongsian lanjut selepasnya, ramai yang menganggap ia adalah satu permainan dunia terbuka untuk Pokemon, akan tetapi berdasarkan pilihan misi dan peta, ia bukanlah satu permainan dunia terbuka seperti yang dijangkakan.

Menurut kenyataan yang diberikan kepada Kotaku, The Pokemon Company mengatakan yang kampung Jubilife akan menjadi hab kepada pemain di dalam permainan. Pemain akan menerima misi dan bersedia di hab tersebut. Bagi melakukan misi tersebut, pemain akan memasuki kawasan misi tersebut. Selepas misi selesai, pemain perlu kembali ke Jubilife.

Walaupun bukanlah permainan dunia terbuka, akan tetapi kawasan-kawasan yang tersedia adalah luas untuk diteroka oleh pemain. Jika kita ingin membuat perbandingan, ia boleh dikatakan seperti sistem yang digunakan di dalam Monster Hunter.

Pokémon Legends: Arceus akan dikeluarkan pada 28 Januari 2022 secara eksklusif untuk 28 Januari 2022.

Sohor Kini