Sebagai tawaran permainan percuma mingguan, Epic Games pada minggu ini telah menawarkan satu permainan iaitu PC Building Simulator, anda boleh baca lanjut dan juga pautan untuk menebus di artikel ini; Jom Bina PC Idaman, PC Building Simulator Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store.

Dalam masa 24 jam selepas tawaran tersebut bermula pada minggu lepas, Epic Games telah berkongsi di Twitter yang mengatakan terdapat 4 juta pemain telah menebus permainan tersebut selepas ditawarkan secara percuma 24 jam yang lepas.

PC Building Simulator adalah permainan yang membolehkan pemain membina PC tersendiri menggunakan perkakasan berdasarkan rekaan sebenar. Terdapat juga penambahan seperti Esports Expansion dan Workshops Mega Pack yang boleh didapati di Epic Games Store dengan potongan harga.

Selain PC, PC Building Simulator juga sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch.

Sohor Kini