Ubisoft telah mengumumkan yang pemain boleh mencuba permainan Riders Republic secara percuma bersempena dengan PC Play Day. Ia akan bermula pada 12 Oktober dan pemain boleh bermain sehingga 13 Oktober 2021. Ia adalah melalui Ubisoft Connect.

Bagi anda yang terlepas sesi beta terbuka sebelum ini, ini adalah peluang untuk mencubannya, melalui sesi ini pemain boleh mengakses kesemua kandungan termasuk setiap mod multi-pemain seperti Mass Race, Versus Mode, Tricks Battle dan Free for All.

Jika berminat, sebelum ia bermula esok, pemain sudah boleh pra-muat permainan tersebut bermula pada 3 petang ini. Bagi memberi peluang kepada pemain untuk bermain secara terus, tutorial pada awal permainan juga telah dibuang. Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

Riders Republic akan dikeluarkan pada 28 Oktober 2021 selepas tertunda dari tarikh asal iaitu September ini. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC (Uplay, Epic Games Store). Versi PS4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Sohor Kini