Bersempena dengan Halloween, Epic Games telah hadir dengan sambutan Fortnitemares’ Fortune yang menawarkan pelbagai kostum berdasarkan watak pop culture popular yang berkait dengan kandungan seram.

Sebelum ini, mereka sudah melancarkan kostum Vintage Frank, Curdle Scream Leader, Skeletara dan yang baru sahaja diumumkan adalah Rick Grimes dari siri TV dan The Walking Dead yang boleh didapati melalui kedai di dalam permainan.

Bersama dengan Rick, Daryl Dixon and Michonne yang sudah tiba sebelum ini, juga kembali jika pemain ingin mendapatkan set penuh.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini