Sony Interactive Entertainment sebelum ini telah menutup Japan Studios mereka, dan antara yang terawal meninggalkan studio tersebut adalah Masaaki Yamagiwa iaitu penerbit untuk permainan Bloodborne.
Melalui satu ciapan oleh Shuhei Yoshida, Masaaki Yamagiwa tampaknya telah menyertai Team Ninja iaitu pembangun untuk siri Nioh dan Dead or Alive. Team Ninja kemudiannya mengesahkan perkara ini melalui satu ciapan mereka sendiri.
Buat masa ini, Team Ninja hanya disahkan sedang membangunkan Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin bersama dengan Square Enix yang akan dilancarkan pada Mac 2022.