EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan yang mereka akan melakukan sambutan Halloween di dalam permainan battle royale Apex Legends, melalui acara masa terhad Monster Within yang akan bermula pada 12 Oktober 2021.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui acara ini, peta baharu untuk mod Arena akan disertakan iaitu Encore yang akan mempunyai rekaan bersempena Halloween. Mod masa terhad iaitu Shadows Royale juga akan kembali, di mana pemain yang terbunuh semasa sesi battle royale akan kembali sebagai ‘hantu’.

Pemain juga berpeluang untuk mendapat kosmetik rekaan khusus Halloween termasuk juga berkas Muerte Rápida yang menyertakan kostum Epic, banner dan juga hiasan untuk Volt bersama dengan 2 Pek yang khusus untuk Octane.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini