Epic Games Store telah menawarkan satu permainan percuma bagi tawaran minggu mereka, dan kali ini ia adalah permainan PC Building Simulator yang sudah boleh ditebus sehingga 14 Oktober 2021.

PC Building Simulator adalah permainan simulasi yang membolehkan anda membina PC sendiri menggunakan pelbagai perkakasan dan juga peralatan. Menariknya, mereka bekerjasama dengan pengeluar untuk membawa perkakasan yang sebenar. Ia juga mempunyai pelbagai mod jika sekadar membina tidak cukup menarik bagi anda.

Epic Games Store: PC Building Simulator

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan dua pula permainan iaitu Stubbs the Zombie in Rebel Without a Pulse dan Paladins Epic Pack.

Sohor Kini