Asus Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran Asus ROG Phone 5s untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan permua ini ditawarkan di Malaysia pada harga mencapai sehingga RM4999.

Dua variasi ROG Phone 5s ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu dua model dibawa ROG Phone 5s, dan satu model dibawah ROG Phone 5s Pro. Membezakannya adalah dimana model biasa tidak hadir dengan ciri penyejukkan AeroActive, sementara versi Pro hadir dengannya.

Asus ROG Phone 5s hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 888+, memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Sementara Asus ROG Phone 5s Pro pula hadir dengan pilihan memori 18GB RAM dan storan 512GB, selain sokongan tambahan termmasuk pad sesentuh untuk kawalan permainan lebih baik.

Di Malaysia, Asus ROG Phone 5s versi 8GB RAM ditawarkan pada harga RM2999, versi 16GB RAM pada harga RM3799. Asus ROG Phone 5s Pro pula ditawarkan pada harga RM4999.

Sohor Kini