PUBG Mobile Menerima Kandungan Berdasarkan KartRider Rush+

Seperti diumumkan pada bulan lepas, kandungan berdasarkan KartRider Rush+ akhirnya tiba di dalam PUBG Mobile. Kandungan yang tiba adalah tiga pilihan kostum Cute Bazzi iaitu Red, Pink dan Panda. Selain itu, terdapat juga Cute Bazzi Backpack, Cute Bazzi Pan, adan Pink Cotton Dacia iaitu hiasan untuk kereta.

Barangan-barangan ini boleh didapati melalui Lucky Crate yang boleh didapati dengan menebus 50UC untuk satu atau 450UC untuk sepuluh unit. Pemain boleh dapatkannya bermula sekarang sehingga 31 Oktober 2021.

Kolaborasi ini diumumkan bersama dengan kemaskini 1.6 yang menerima mod baharu, acara kolaborasi dengan filem Dune.

KartRider Rush+adalah permainan yang dibangunkan oleh Nexon dan seperti PUBG Mobile, telah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini