Pada awal tahun ini dan juga tahun lepas, Sony Interactive Entertainment telah menganjurkan kempen Play at Home di mana mereka menawarkan sebilangan permainan percuma untuk dimainkan semasa orang ramai dinasihati berada di rumah akibat pandemik Covid-19.

Kempen ini pertama kali dianjurkan pada bulan April tahun lepas, di mana mereka menawarkan Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey. Dengan pandemik berterusan pada tahun ini, Mac lepas SIE membawa kembali kempen ini dengan menawarkan permainan percuma setiap bulan sehingga bulan Jun, ia adalah Ratchet & Clank, Horizon: Zero Dawn bersama dengan 10 permainan VR dan pelbagai penambahan untuk permainan.

Minggu ini, SIE telah mengumumkan semasa kempen tersebut dianjurkan, ia telah mencatat 60 juta permainan ditebus, dengan 30 juta adalah permainan indie dan 11 juta permainan VR dan 4 juta penambahan untuk pelbagai permainan.

Mereka juga mengatakan yang tahun ini adalah satu cabaran untuk semua orang dan gembira mereka sekurang-kurangnya dapat serba sedikit membantu di dalam kesukaran ini.

Sohor Kini