Pada akhir Ogos lepas, kami telah melaporkan yang Toshihiro Nagoshi iaitu pencipta untuk siri Yakuza akan meninggalkan Ryu Ga Gotoku Studio untuk menyertai NetEase.

Hari ini, melalui perkongsian bersempena ulang tahun ke-10 Ryu Ga Gotoku Studio, mereka telah memperlihatkan senarai pengurusan baharu bagi studio tersebut, dan Toshihiro Nagoshi sendiri telah mengesahkan yang beliau meninggalkan Sega.

Beliau mengatakan yang walaupun tidak pasti apa yang akan dilakukan seterusnya oleh Ryu Ga Gotoku Studio, akan tetapi beliau yakin ia akan mengembangkan lagi asas yang dibina oleh mereka selama ini.

Selain Toshihiro Nagoshi, Daisuke Sato iaitu penerbit untuk siri Yakuza juga meninggalkan Sega untuk “mengambil laluan yang berlainan”. Beliau juga terlibat dengan siri Yakuza dari awal lagi termasuk juga penumbuhan studio ini.

Bagi Ryu Ga Gotoku Studio untuk masa depan pula, mereka telah mengumumkan yang Masayoshi Yokoyama akan menjadi pengarah untuk studio tersebut termasuk juga penerbit eksekutif. Ryosuke Horii dan Hiroyuki Sakamoto akan menjadi Ketua Penerbit untuk siri Yakuza.

Sohor Kini