Dengan pelancaran penambahan baharu untuk Destiny 2 iaitu The Witch Queen pada 22 Februari 2022, Bungie telah mengumumkan yang kandungan penambahan Tahun Empat iaitu Forsaken dan Tangled Shore akan dibuang daripada permainan utama dan memasuki Destiny Content Vault (DCV).

Baca: Penambahan Destiny 2, The Witch Queen Akan Dilancarkan Pada 22 Februari – Kini Menyokong Fungsi Rentas Platform

Bungie sebelum ini memperkenalkan DCV untuk menjadi tempat ‘simpanan’ bagi kandungan-kandungan lama Destiny 2 yang menurut mereka sudah kurang dimainkan. Mereka mengatakan yang kandungan Bungie menjadi terlalu banyak dan DCV dapat membantu untuk memberi lebih fokus kepada kandungan terbaru.

Beberapa kandungan daripada Tahun Empat iaitu Proving Grounds dan Battlegrounds akan kekal dan akan dijadikan sebagai Vanguard Operations. Sebelum kempen Forsaken memasuki DCV secara rasmi, pemain berpeluang untuk bermain kandungan tersebut secara percuma bermula pada 7 Disember 2021.

Pemain juga boleh beli Forsaken Pack yang memberi akses kepada pemain raid Last Wish dan juga dungeon Shattered Throne serta tiga Forsaken Ciphers yang boleh digunakan untuk mendapatkan Forsaken Exotics.

Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC dan Stadia. Dengan hadirnya musim baharu iaitu Season of the Lost, ia juga kini menyokong fungsi rentas platform di mana pemain boleh bermain bersama dengan pemain di platform yang berlainan.

Sohor Kini